Pada dalam era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan dan ditapis lagi bahawa perpaduan amat penting dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat ini. Dengan adanya dan lahirnya akan semangat perpaduan dan kemasyarakatan serta integrasi dalam diri setiap insane di muka bumi ini, maka keadaan dan situasi yang buruk dapat dihindari serta di jauhi sama sekali dalam kemasyarakatan alam globalisasi ini. Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai tahap perpaduan yang sebegitu rupa memang terdapat banyak halangan yang membantutkan kita menjadi sebegitu. Tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dijalankan, Maka lima tahap ini perlu diketahui dan difahami agar sifat akan perpaduan ini dijalankan sebaik mungkin. Tahap tersebut ialah segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Dalam memupuk akan semangat perpaduan, integrasi dan kesatuan dalam pelbagai etnik dan budaya, terdapat lima tahap yang perlu diberi perhatian iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Setiap tahap tersebut membawa maksud yang tersendiri dan perlu difahami dan ditekankan dalam memupuk tahap integrasi perpaduan negara. Kesemua tahap ini perlu diselami dan didalami oleh semua pihak agar dapat meningkatkan tahap perpaduan dan integrasi.
Untuk memahami akan tingkat tahap integrasi, kita perlu memahami dahulu apa itu maksud disebalik perpaduan dan integrasi. Perpaduan membawa maksud sifat bersatu antara satu sama lain. Bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun miskinpun dalam keadaan sukar mahupun senang, perpaduan tetap menjadi tunjang utama kehidupan bersama. Seterusnya, integrasi. Integrasi disini membawa maksud sesuatu tahap proses yang amat kompleks. Disini dapat difahamkan bahawa untuk meningkatkan tahap integrasi itu bukan mudah, kerana ianya berbentuk kompleks yang perlu difahami dan didalami terlebih dahulu unt ke tahap yang seterusnya. Integrasi dapat diperkatakan membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Ini adalah perkara yang amat penting bagi semua negara, terutamanya negara yang mempunyai berbilang kaum bagi memastikan perpaduan antara satu sama lain. Tersebut adalah proses dalam tahap integrasi yang perlu diberi penekanan dan perhatian sewajarnya bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu.
Tahap yang pertama perlu diketahui ialah segregasi. Segregasi bermaksud sesuatu hubungan yang sengaja diputuskan atau dipisahkan di antara satu puak dengan puak yang lain. Ia juga boleh diumpamakan sekatan-sekatan mahupun had-had yang telah dikenakan secara sengaja dan dirancang bagi bertujuan memisahkan. Ianya berlaku dalam pelbagai bentuk sekatan antaranya seperti pemisahan kemudahan awam, pengasingan tempat tinggal dan perbezaan sistem pembelajaran. Ianya wujud dalam perlbagai cara sama ada didasari oleh undang-undang dikenali sebagai de jure atau tidak didasari oleh undang-undang atau dikenali de facto. Antara contoh yang dapat digambarkan dalam perkara ini ialah seperti apa yang telah berlaku di Africa Selatan, iaitu segregasi de jure, dasar apartheid.
Tahap yang seterusnya ialah akomodasi. Akomodasi membawa maksud pendirian keperibadian adat resam budaya asal yang tinggi. Ia proses dimana pelbagai etnik memahami dan menyedari akan perbezaan budaya antara mereka, tetapi mereka tetap dengan cara mereka sendiri bagi mengekalkan keunikan etnik mereka. Sekiranya berlaku salah faham dan pergolakan dalam etnik, mereka dapat menyelesaikan masalaah dengan mudah walaupun berbeza etnik. Ia dapat terbukti dengan cara menyelesaian sesuatu masalah antara dua belah pihak tanpa merosakkan atau meruntuhkan antara mana-mana pihak, malah hak keperibadian mereka masih dalam keadaan yang asal. Disini bermaksud, walaupun berlainan latar belakang, budaya dan agama, mereka masih mengamalkan cara mereka miskinpun berada di kawasan yang berbudayakan yang lain.
Seterusnya tahap akulturasi yang membawa maksud sebuah bentuk pengubah suaian budaya, dan adat resam yang tidak terpesong jauh dari landasan asalnya yang mampu mengimbangkan keadaan semasa. Ianya dikenali sebagai asimilasi budaya apabila budaya yang baru dibawa masuk dan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dan kestabilan antara semua pihak. Sebagai contoh yang dapat diberikan ialah sebagai mana keadaan dimana sesuatu perayaan ataupun aktiviti kebudayaan yang asal sering dilakukan secara seratus peratus, tetapi dengan tahap ini, mereka mengubah sedikit akan acara dan aktiviti perayaan mereka bagi menjaga perpaduan dan integrasi antara masyarakat.
Tahap selanjutnya ialah asimilasi. Asimilasi ini juga turut dikenali sebagai proses antara asimilasi struktur bagi membezakan akuturasi atau asimilasi budaya. Ianya membawa bermaksud memperbaharui sesuatu budaya yang asal kepada yang lebih baru dengan pengisian dimana satu budaya dengan budaya yang lain bagi mengurangkan perbezaan etnik yang ketara. Budaya yang baru ini dapat diterima dan diikuti oleh semua pihak tanpa sebarang masaalah. Ini dapat dihuraikan lebih mudah, ianya seperti tahap dimana akulturasi berada, tetapi ianya lebih tinggi perbezaan antara yang baru dan yang asal tidak seperti di tahap akulturasi. Konsep ni menerangkan mengenai kemasukan ke dalam masyrakat dominan melalui persahabatan mahupun kejiranan dan perkaitan rapat antara satu etnikdengan etnik yang lain. Darjah asimilasi kelompok minoroti adalah berbeza-beza dan erlainan berdasarkan kepada perbezaan fizikal sebagai contoh warna kulit dan darjah sejauh mana perbezaan ciri-ciri budaya dengan kelompok yang dominan.
Tahap yang terakhir ialah amalgamasi. Amalgamasi ini adalah sejenis budaya asal yang bercampur dengan budaya asal yang lain menyebabkan hadirnya budaya asal yang baru. Contoh ketara yang dapat dilihat adalah perkahwinan campur antara etnik yang lain. Ianya pada awal kelihatan agak aneh tetapi lama kelaman ianya dapat diterima umum tanpa sebarang pertelingkahan dan persengketaan. Miskinpun mereka sedar akan perbezaan budaya, tetapi mereka tetap boleh bersatu dan memahami antara satu sama lain atas dasar cinta sejati yang sukar dirungkai. Dengan lahirnya perasaan tersebut, sebarang perbezaan budaya dapat diatasi dan dikendalikan dengan mudah dan aman.
Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Konklusinya, dapat dilihat dengan jelas disini bahawa kesemua proses diatas telah menggambarkan bagaimana kumpulan minority menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Ia telah menggambarkan juga dimana keadaan kesemua tahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat berasakan bentuk perhubungan diantara kelompok yang ketara akan perbezaannya berkenaan. Lahirnya tahap akomodasi didalam sesebuah kemasyarakatan, tidak dapat dinafikan bahawa mereka pasti berada dalam keadaan yang amat kuat dan tegas kesatuan paduan mereka. Namun keadaan tidak dapat dinafikan dan dirungkai derta ditepis bahawa keadaan integrasi yang murni dan sejati hanya dapat didapati dan dimenangi serta dicapai bermula dengan terjadi dan terlaksananya proses akulturasi, asimilasi, dan akhir sekali amalgamasi.
No comments:
Post a Comment