Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli .Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020 . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment