Secara keseluruhan,setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing.Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan rukun negara,kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai.Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk.Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.
Penduduk Malaysia seharusnya mengambil ikhtibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang banyak memberi kesan hitam pada semua kaum di Malaysia.Oleh itu,bagi merialisasikan intergrasi nasional dan pembentukkan negara bangsa,maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti rukun negara supaya prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.
No comments:
Post a Comment