Tuesday, 30 August 2016

Video Pembentukkan Masyarakat Majmuk


Ahli Kumpulan Projek

Pengenalan Diri

    •  Akmal Iman Bin Johari



    • Muhammad Hazmi Bin Ahmad
    • Ahmad Fakhri Aiman Bin Ahmad Fadzil


    • Nishantan A/L Logenazan


    Komposisi Etnik Di Malaysia

    Melayu


      • Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa melayu,beragama islam,dan yang mengamalkan adat-istiadat melayu.
      • Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition),Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara),iaitu pendudukan serumpun tanpa mengira agama,bahasa dan adat istiadat yang masing-masing diikuti dan dipraktikkan oleh rumpun masing-masing.
      • Subetnik Melayu adalah terdiri daripada Melayu Bugis (Sulawesi),Mendeling,Melayu Kampar,Jawa,Banjar,Minang,keturunan syeh termasuklah masyarakat bumiputra.
                              
                
                               




                               India

      • Kebanyakan masyarakat india yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari sebelah pantai timur india.
      • Berhijrah sekitar abad ke 18 dan 19.Golongan imigran terdiri dari keturunan Tamil (Tamil Naidu) Malayali (Kerala/Pantai Malabar) Telegu ( Andhra Pradesh) Sikh (Punjab) Tamil Chettiar (Tamil Naidu) Gujrati (India Utara).
      • Kategori pegijrah terdiri daripada golongan pemodal (chetty),golongan professional,askar,pekerja ladang dan landasan keretapi.






      China
      • Kebanyakan masyarakat cina di Malaysia berasal dari sebelah selatan cina.
      • Berhijrah sekitar abad ke 15 dan 19.Keturunan Hokkien yang berasal dari wilayah Fujian,Teochew,Hailam,termasuk masyarakat Baba dan Nyonya.Kategori pengijrah terdiri daripada petani,pekerja ladang,pekerja lombong,pelarian yang menuntut suaka politik dan ahli kongsi gelap.

      Tahap Integrasi

      Pada dalam era globalisasi ini, tidak dapat dinafikan dan ditapis lagi bahawa perpaduan amat penting dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat ini. Dengan adanya dan lahirnya akan semangat perpaduan dan kemasyarakatan serta integrasi dalam diri setiap insane di muka bumi ini, maka keadaan dan situasi yang buruk dapat dihindari serta di jauhi sama sekali dalam kemasyarakatan alam globalisasi ini. Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai tahap perpaduan yang sebegitu rupa memang terdapat banyak halangan yang membantutkan kita menjadi sebegitu. Tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dijalankan, Maka lima tahap ini perlu diketahui dan difahami agar sifat akan perpaduan ini dijalankan sebaik mungkin. Tahap tersebut ialah segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Dalam memupuk akan semangat perpaduan, integrasi dan kesatuan dalam pelbagai etnik dan budaya, terdapat lima tahap yang perlu diberi perhatian iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Setiap tahap tersebut membawa maksud yang tersendiri dan perlu difahami dan ditekankan dalam memupuk tahap integrasi perpaduan negara. Kesemua tahap ini perlu diselami dan didalami oleh semua pihak agar dapat meningkatkan tahap perpaduan dan integrasi.

      Untuk memahami akan tingkat tahap integrasi, kita perlu memahami dahulu apa itu maksud disebalik perpaduan dan integrasi. Perpaduan membawa maksud sifat bersatu antara satu sama lain. Bersatu dalam apa jua keadaan sekalipun miskinpun dalam keadaan sukar mahupun senang, perpaduan tetap menjadi tunjang utama kehidupan bersama. Seterusnya, integrasi. Integrasi disini membawa maksud sesuatu tahap proses yang amat kompleks. Disini dapat difahamkan bahawa untuk meningkatkan tahap integrasi itu bukan mudah, kerana ianya berbentuk kompleks yang perlu difahami dan didalami terlebih dahulu unt ke tahap yang seterusnya. Integrasi dapat diperkatakan membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Ini adalah perkara yang amat penting bagi semua negara, terutamanya negara yang mempunyai berbilang kaum bagi memastikan perpaduan antara satu sama lain. Tersebut adalah proses dalam tahap integrasi yang perlu diberi penekanan dan perhatian sewajarnya bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu.

      Tahap yang pertama perlu diketahui ialah segregasi. Segregasi bermaksud sesuatu hubungan yang sengaja diputuskan atau dipisahkan di antara satu puak dengan puak yang lain. Ia juga boleh diumpamakan sekatan-sekatan mahupun had-had yang telah dikenakan secara sengaja dan dirancang bagi bertujuan memisahkan. Ianya berlaku dalam pelbagai bentuk sekatan antaranya seperti pemisahan kemudahan awam, pengasingan tempat tinggal dan perbezaan sistem pembelajaran. Ianya wujud dalam perlbagai cara sama ada didasari oleh undang-undang dikenali sebagai de jure atau tidak didasari oleh undang-undang atau dikenali de facto. Antara contoh yang dapat digambarkan dalam perkara ini ialah seperti apa yang telah berlaku di Africa Selatan, iaitu segregasi de jure, dasar apartheid.

      Tahap yang seterusnya ialah akomodasi. Akomodasi membawa maksud pendirian keperibadian adat resam budaya asal yang tinggi. Ia proses dimana pelbagai etnik memahami dan menyedari akan perbezaan budaya antara mereka, tetapi mereka tetap dengan cara mereka sendiri bagi mengekalkan keunikan etnik mereka. Sekiranya berlaku salah faham dan pergolakan dalam etnik, mereka dapat menyelesaikan masalaah dengan mudah walaupun berbeza etnik. Ia dapat terbukti dengan cara menyelesaian sesuatu masalah antara dua belah pihak tanpa merosakkan atau meruntuhkan antara mana-mana pihak, malah  hak keperibadian mereka masih dalam keadaan yang asal. Disini bermaksud, walaupun berlainan latar belakang, budaya dan agama, mereka masih mengamalkan cara mereka miskinpun berada di kawasan yang berbudayakan yang lain.

      Seterusnya tahap akulturasi yang membawa maksud sebuah bentuk pengubah suaian budaya, dan adat resam yang tidak terpesong jauh dari landasan asalnya yang mampu mengimbangkan keadaan semasa. Ianya dikenali sebagai asimilasi budaya apabila budaya yang baru dibawa masuk dan perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dan kestabilan antara semua pihak. Sebagai contoh yang dapat diberikan ialah sebagai mana keadaan dimana sesuatu perayaan ataupun aktiviti kebudayaan yang asal sering dilakukan secara seratus peratus, tetapi dengan tahap ini, mereka mengubah sedikit akan acara dan aktiviti perayaan mereka bagi menjaga perpaduan dan integrasi antara masyarakat.

      Tahap selanjutnya ialah asimilasi. Asimilasi ini juga turut dikenali sebagai proses antara asimilasi struktur bagi membezakan akuturasi atau  asimilasi budaya. Ianya membawa bermaksud memperbaharui sesuatu budaya yang asal kepada yang lebih baru dengan pengisian dimana satu budaya dengan budaya yang lain bagi mengurangkan perbezaan etnik yang ketara. Budaya yang baru ini dapat diterima dan diikuti oleh semua pihak tanpa sebarang masaalah. Ini dapat dihuraikan lebih mudah, ianya seperti tahap dimana akulturasi berada, tetapi ianya lebih tinggi perbezaan antara yang baru dan yang asal tidak seperti di tahap akulturasi. Konsep ni menerangkan mengenai kemasukan ke dalam masyrakat dominan melalui persahabatan mahupun kejiranan dan perkaitan rapat antara satu etnikdengan etnik yang lain. Darjah asimilasi kelompok minoroti adalah berbeza-beza dan erlainan berdasarkan kepada perbezaan fizikal sebagai contoh warna kulit dan darjah sejauh mana perbezaan ciri-ciri budaya dengan kelompok yang dominan.

      Tahap yang terakhir ialah amalgamasi. Amalgamasi ini adalah sejenis budaya asal yang bercampur dengan budaya asal yang lain menyebabkan hadirnya budaya asal yang baru. Contoh ketara yang dapat dilihat adalah perkahwinan campur antara etnik yang lain. Ianya pada awal kelihatan agak aneh tetapi lama kelaman ianya dapat diterima umum tanpa sebarang pertelingkahan dan persengketaan. Miskinpun mereka sedar akan perbezaan budaya, tetapi mereka tetap boleh bersatu dan memahami antara satu sama lain atas dasar cinta sejati yang sukar dirungkai. Dengan lahirnya perasaan tersebut, sebarang perbezaan budaya dapat diatasi dan dikendalikan dengan mudah dan aman.
      Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Konklusinya, dapat dilihat dengan jelas disini bahawa kesemua proses diatas telah menggambarkan bagaimana kumpulan minority menjadi sebahagian daripada arus utama masyarakat. Ia telah menggambarkan juga dimana keadaan kesemua tahap perpaduan dan integrasi dalam masyarakat berasakan bentuk perhubungan diantara kelompok yang ketara akan perbezaannya berkenaan. Lahirnya tahap akomodasi didalam sesebuah kemasyarakatan, tidak dapat dinafikan bahawa mereka pasti berada dalam keadaan yang amat kuat dan tegas kesatuan paduan mereka. Namun keadaan tidak dapat dinafikan dan dirungkai derta ditepis bahawa keadaan integrasi yang murni dan sejati hanya dapat didapati dan dimenangi serta dicapai bermula dengan terjadi dan terlaksananya proses akulturasi, asimilasi, dan akhir sekali amalgamasi.
      Image result for perpaduan

      Sejarah dan Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia

       Tanah Melayu seperti yang kita tahu suatu ketika dahulu merupakan sebuah tempat tumpuan pengembara, pelayar dan juga sebuah pusat perdagangan. Justeru tidak hairanlah Tanah Melayu dahulunya terkenal sebagai sebuah tempat persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Lantaran itu, konsep masyarakat majmuk bukanlah satu fenomena baharu atau asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan antropologi sosial  bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini sebenarnya ditentukan oleh zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di Semenanjung Tanah Melayu. Sekitar tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Malaysia.
      Masyarakat majmuk di negara ini wujud apabila berlakunya kemasukan kaum Cina dan India dari luar alam Melayu (Chamil Wariya, 2007:108). Generasi awal mereka telah berhijrah ke negara ini daripada negara asal masing-masing adalah untuk memulakan kehidupan baharu di sini. Sebahagian besar mereka datang dengan tujuan untuk mencari rezeki dan mengumpul kekayaan sebagai bekalan setelah mereka kembali semula ke negara asal mereka.  
      Berdasarkan tinjauan histiografi, sebenarnya kedatangan kaum imigran Cina dan India ini telah bermula sejak abad keempat belas lagi iaitu sekitar tahun 1349. Kedatangan mereka bermula dengan kehadiran sami-sami Buddha dan kemudiannya barulah diikuti oleh pedagang-pedangang (Chamil Wariya, 2007:109). Pada peringkat ini, kedatangan mereka hanyalah sekadar untuk berdagang, kemudian pulang semula ke negara asal mereka.
      Populasi orang Cina di Melaka kian meningkat saban tahun. Menurut Victor Purcell yang dipetik dari Chamil Wariya (2007), sewaktu Portugis menawan Melaka pada 1511, dianggarkan hanya sekitar 300-400 orang Cina yang menetap di Melaka, namun menjelang 1750, jumlah ini telah meningkat kepada 2161 orang dan seterusnya pada tahun 1834 bilangan imigran Cina meningkat menjadi 4143. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Melaka telah menggalakkan kedatangan imigran ke alam Melayu terutamanya di Tanah Melayu.
      Meskipun begitu, kedatangan Inggeris yang berjaya menawan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 telah mengubah senario penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Pada waktu ini kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India secara besar-besaran kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk menampung keperluan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam industri bijih timah dan getah (Mahdi Shuid et al, 2011:101-104). Kepesatan perkembangan ekonomi Tanah Melayu ini telah menjadi faktor penarik kedatangan imigran-imigran ini ke Tanah Melayu.
      Selain kepesatan ekonomi, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka (Mahdi Shuid et al, 2011:101). Hal ini sedikit banyak menjadi faktor penarik kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu.
      Dalam pada itu, kehadiran imigran Cina dan India ini juga didorong oleh faktor penolak dari negara asal mereka sendiri. Misalnya di China, ketidakstabilan politik dan ekonomi telah menyebabkan ramai rakyat berhijrah keluar dari China. Menurut Andaya B.W. dan Andaya L.Y. (1983) yang dipetik daripada Ismail bin Said (2012:14-15), rakyat China sebenarnya ingin keluar daripada hidup yang penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Begitu juga dengan imigran India, mereka turut menghadapi masalah kemiskinan dan kebuluran yang berleluasa di India dan ini telah memaksa rakyatnya untuk berhijrah ke negara lain termasuk Tanah Melayu.  
      Setelah kemasukan semua imigran ini, maka bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti yang kita lihat pada masa sekarang. Proses pembentukan masyarakat majmuk ini pada mulanya adalah sukar kerana wujudnya perbezaan fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian (Mohamad Faiza bin Ibrahim, 2011:5). Dalam pada itu, wujud juga konflik dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini, satu daripadanya adalah peristiwa 13 mei 1969.
      Penghijrahan imigran-imigran ini akhirnya telah menyebabkan wujudnya kelompok baharu dalam masyarakat di negara ini. Sebagai contoh, hasil daripada penghijrahan orang Cina dan India ke negara ini telah wujud kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Kelompok-kelompok ini wujud hasil daripada asimilasi budaya asal mereka dengan budaya tempatan di negara ini. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, dengan ini wujudlah beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
      Kesimpulannya, kemasukan imigran-imigran dari China, India, dan dari  kepulauan sekitar Tanah Melayu telah menjadi titik tolak kepada bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini. Pengaruh imigran-imigran ini di Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu pada ketika itu. Kedatangan golongan imigran ini ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu konsep masyarakat yang baharu, iaitu konsep masyarkat majmuk hasil dari wujudnya kepelbagaian budaya mereka yang seterusnya diasimilasikan ke dalam sistem sosial di Tanah Melayu.

      Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

      Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan kaum pada tanggal 13 Mei 1969. Walau peristiwa ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, ia telah mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat dunia. Masalah-masalah yang wujud dapat dikenal pasti melalui ekonomi, sosial dan politik.

      Pemisahan Tempat Tinggal atau Petempatan
      Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakn semasa pendudukan British. Semenjak tahun 1920-an lagi, corak petempatan sebegini telah kelihatan.
                   Perkampungan Melayu terletak di pinggir pekan manakala kedai-kedai Cina di bandar dan buruh-buruh India di ladang getah. Di Sabah dan Sarawak pula,terdapat perkampungan rumah panjang kaum Iban dan kaum Kadazan,           
                   Mereka terpisah dan berbeza dari segi agama, pendidikan, akhbar , persatuan dan pengaruh politik. Selain fungsi ekonomi masing-masing, beberapa situasi boleh digariskan sebagai faktor pemisah tempat tinggal iaitu dari segi psikologi, mereka berasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan kenalan, rakan-rakan dan saudara mara terutama bagi mendapatkan bantuan semasa kesusahan. Di samping itu, kurang memahami budaya, agama , adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka takut untuk tinggal dalam kelompk kaum lain kerana takut tercetusnya peselisihan. Akhir sekali, akibat dari dasar "pecah dan perintah" yang dilaksanakan oleh pihak British untuk kemudahan mereka. Pihak British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarkat berbilang kaum di negara ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka.

      Perbezaan Tumpuan Sektor Ekonomi          
                       Pengelompokan petempatan mengikut kaum lahir ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum. Akibat tumpuan tertentu, orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan. Orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan manakala Orang India dikekalkan di estet-estet. Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.

      Pengasingan Sistem Pendidikan
                  Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum yang berdasarkan tempat tinggal masing- masing. Bagi pelajar Melayu, hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan iaitu sekolah vernakular Melayu atau beraliran Inggeris. Namun sekolah beraliran Inggeris hanyalah untuk anak golongan bangsawan,
                    Bagi masyarakat India, sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam Bahasa Tamil. Oleh itu, pelajar lepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet. orang Cina juga mempunyai sistem pendidika mereka tersendiri. Sudah diketahui , orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.
                    Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British, aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan dan tumpuan antara kaum. Di samping itu, pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak, keluarga Brooke merasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi yang wujud dalam budaya mereka.

      Fahaman dan Pengaruh Politik yang Berbeza
      Fahaman politik setiap kaum juga sangat berbeza. Bagi kaum Cina dan India, hal-hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebih penting daripada isu politik Tanah Melayu. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing.
                         Pada tahun 1930-an, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka. Selain itu, orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. Contohnya seperti, Persatuan India Pusat pada tahun 1937 yang memperjuangkan keadaan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu pula, mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.
                            Fahaman politik yang berbeza juga menyebabkan kesukaran PERIKATAN untuk menang 2/3 majoriti dalam Pilihan Raya 1969 walaupun pada waktu itu MCA dan MIC telah menganggotai PERIKATAN. PERIKATAN hanya berjaya memenangi 67 daripada 104 buah kerusi Parlimen yang dipertandingkan.               

      Masalah Ekonomi
                    Dalam bidang ekonomi, jelas Orang Melayu dan penduduk asli yang lain mengusai bidang yang mundur seperti kerja yang memerlukan banyak tenaga kerja manusia dan berteknologi rendah. Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan moden.
                     Ketidakseimbangan pendapatan ini juga menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain.    

      Perbezaan Kepercayaan dan Agama

                     Image result for masalah-masalah awal perpaduan kaum

                     Setiap kaum di Malaysia menganut agama yang berbeza-beza seperti Melayu beragama Islam, India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha serta kaum minoriti yang lain.
                      Selain masyarakat di Semenanjung , ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan , pegangan dan ideologi setiap agama adalah berbeza.

      Penggunaan Akhbar yang Berbeza-beza
                           Setiap akhbar mengikut bahasa masin-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Akhbar bahasa Cina, misalnya mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China sementara akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India. Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja.

      Pemerintahan Jepun
                  Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga thun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberi peluang kepada orang Melayu untuk terlibat dalam sektor pentadbiran. Ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman.
                  Apabila Jepun menyerah kalah, pihak British kembali ke Tanah Melayu, ramai antara kaum Cina menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malayan Anti- Jepun( MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduahan sengit yang berlaku antara orang Cina dan orang Melayu telah melibatkan banyak kematian.


                                
                  
      Image result for masalah-masalah awal perpaduan kaum

      Faktor Yang Mempengaruhi Perpaduan dan Integrasi Nasional



      Usaha dan Langkah Kerajaan untuk Mengatasi Halangan Perpaduan dan Intregrasi Nasional

      Rusuhan etnik 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik utama ke arah pemikiran semula dasar-dasar negara dan prosesr e-enggineer ing masyarakat dilakukan dengan komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah melancarkan usaha-usaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini dijalankan secara serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka.

      1. Perpaduan Politik

      Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem ‘kerajaan campuran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti ‘Perikatan’ yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaancampuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.
      Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat

      2. Perpaduan Ekonomi

      Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertaisemua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

      3. Perpaduan Sosial dan Kebudayaan

      Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni.
      Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
      Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.

      4. Perpaduan Pendidikan

      Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara.
      Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikansaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa